Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label negeri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label negeri. Tampilkan semua postingan

Kelantan rebah ditangan Negeri Sembilan


HASRAT juara bertahan Kelantan untuk mencari kemenangan berharga di tempat sendiri tidak kesampaian apabila pasukan itu dikejutkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-3 dalam perlawanan keempat Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kegagalan tersebut menyebabkan misi Kelantan untuk mencari slot ke suku akhir sedikit berliku setelah pasukan bimbingan Bojan Hodak itu kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan C.

Manakala kemenangan kedua yang diraih Negeri Sembilan membolehkan mereka merampas kedudukan teratas kumpulan dari Pahang menerusi kutipan tujuh mata berbanding Kelantan, lima mata dengan saingan kumpulan berbaki dua perlawanan.

Dua gol skuad The Red Warriors pada perlawanan itu dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani (m-48) manakala tiga gol pelawat terhasil menerusi jaringan S.Sivanesan (m-12) dan Fabio Leandro Barbosa (m-57 dan m-77).

Satu lagi wakil dalam kumpulan C, Terengganu pula menghidupkan peluang ke suku akhir selepas menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-63 dan Khairul Ramadhan Zauwawi pada masa kecederaan separuh masa kedua manakala gol tunggal pelawat dihasilkan oleh Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-68.

Sementara itu, dalam saingan kumpulan B, pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) diaibkan oleh T-Team 2-1 di Stadium Larkin.

Dalam perlawanan itu, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-43 sebelum Abdul Latiff Suhaimi dan George Boateng masing-masing menyumbang gol T-Team pada minit ke-81 dan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

PKNS FC pula gagal mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Felda United di Stadium Mini, Temerloh, Pahang dalam satu lagi aksi kumpulan B.

Penyerang import The Settlers, Emmanuel Mazowa menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40.

Dalam saingan Kumpulan A, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mencerahkan peluang ke suku akhir selepas menumpaskan Johor 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Empat gol skuad The Gladiators dijaringkan oleh Bruno Sebastian Martelotto (m-40 dan m-91), Marlon Alex James (m-77) dan Venice Elphi (m-81) manakala gol tunggal pasukan selatan tanah air itu dijaringkan oleh Mohd Alif Yusof pada minit ke-88.

Sementara itu, Selangor hampir pasti tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim ini selepas hanya sekadar terikat 1-1 menentang Sime Darby FC di Stadium Shah Alam, dalam saingan kumpulan A.

Penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di depan pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan untuk Sime Darby FC pada minit ke-78.

Dalam saingan kumpulan D, Sarawak turut mencerahkan peluang ke suku akhir selepas mengalahkan Kedah 4-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Empat gol Sarawak dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke- 55, Muamer Salibasic (m-62), Bobby Gonzales (m-74dan m-78).

Satu lagi saingan kumpulan D pula menyaksikan Lions XII menundukkan Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar.

Berikut keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi:

ATM 4 1 Johor

Johor Darul Takzim (JDT) 1 2 T-Team

Felda United 1 0 PKNS FC

Kelantan 2 3 Negeri Sembilan

Selangor 1 1 Sime Darby

Terengganu 2 1 Pahang

Sarawak 4 0 Kedah

Lions XII 2 1 Perak

0 komentar

6 Hal Yang Biasa Di Indonesia Namun Tak Boleh Dilakukan Di Luar Negeri


1. Jangan Mengangkat Tangan dengan Telapak Tangan Menghadap ke Depan Di Yunani
Di Yunani, gesture mengangkat tangan dengan telapak tangan menghadap ke depan disebut juga sebagai moutza. Di jaman dulu, para penjahat di Yunani di arak keliling jalan dengan wajah yang dihitamkan untuk mengindikasikan bahwa mereka malu atas perbuatannya.

Jika mereka beruntung, wajah mereka dikotori dengan arang, jika tidak, apakah yang akan mengotori muka mereka ?? Ya, kotoran pembuangan dari anus, wajah mereka akan dilumuri dengan benda tersebut, dan karena untuk membersihkan muka orang tersebut dilakukan oleh orang lain dengan mengusap wajahnya, maka gesture tersebut menjadi suatu tanda penghinaan.

2. Jangan Mengacungkan Jempol ke Atas Di Timur Tengah
Tidak hanya di Timur Tengah, gesture ini juga merupakan gesture yang ofensif di beberapa Negara di Afrika Barat dan Amerika Selatan. Trus apa arti gesture tersebut ?? Lagi-lagi berhubungan dengan Anus.

Bila anda mengacungkan jempol anda ke atas ke seseorang, berarti anda ingin memasukkan jempol anda tersebut ke anus orang tersebut.

3. Jangan Menghabiskan Makanan Jamuan Untuk Anda Di China, Thailand dan Filipina
Pada saat menjamu seseorang, hal yang paling penting adalah menyajikan makanan yang lezat untuk tamu undangan. Namun di beberapa Negara, yang paling penting adalah makanan yang disediakan tersebut cukup untuk porsi sang tamu.

Dengan menghabiskan semua makanan jamuan untuk anda, anda mengungkapkan kekecewaan anda kepada si tuan rumah bahwa makanan yang disajikan kepada anda sangat sedikit dan tidak cukup untuk mengenyangkan anda.

4. Jangan Memberi Bunga dengan Jumlah Genap Di Russia
Di Russia, bunga dalam jumlah genap hanya diberikan pada saat pemakaman. Memberikan bunga dalam jumlah genap berarti anda mengharapkan orang yang menerima bunga tersebut segera meninggal, So, jangan pernah memberikan bunga dalam jumlah genap pada gadis Russia yang sedang anda taksir, kecuali bila gadis tersebut beraliran gothic atau menganut agama pemuja setan

5. Jangan Memberi Hadiah dengan Tangan Kiri Di Hampir Semua Negara
Pada beberapa Negara, melakukan suatu perbuatan dengan tangan kiri merupakan perbuatan yang dianggap kotor. Hal ini dikarenakan tangan kiri adalah tangan yang digunakan untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang dikeluarkan ketika anda sedang buang air besar.

6. Jangan Memberi Tanda �OK� dengan Jari Anda Di Brazil
Di Brazil, tanda �OK� secara kasar mempunyai kesamaan arti dengan gesture ketika anda mengacungkan jari tengah anda.

Salah satu insiden yang paling terkenal adalah ketika Presiden Amerika Serikat, Richard Nixon mengunjungi Brazil. Ketika ia baru saja turun dari pesawat, ia mengangkat kedua tangannya dan memberi gesture �OK�

source: http://arenaphoto.blogspot.com/2010/08/hal-yang-tidak-boleh-dilakukan-diluar.html
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger