SYUKURLAH, Nabila Huda dan anaknya, Keisha yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari program Planet Gempak di Kuantan, 3 hari lalu tidak mengalami kecederaan parah.
Hanya Keisha, dilaporkan mengalami retak tangan kiri.
Bak kata orang, malang memang tidak berbau. Jika dilihat beberapa jam sebelum kemalangan berlaku Nabila, Keisha dan pelakon yang juga pemandu kereta ketika kejadian, pelakon Syazwan Zulkifli kelihatan bergembira.
Dalam video yang dimuat naik Syazwan di laman Keek, Keisha yang duduk di kerusi belakang sangat ceria menari menari mengikut lagu yang dimainkan di radio.
Begitu pun ketika kemalangan berlaku, Nabila dan anaknya dikatakan sudah tertidur dan cuaca pun kurang baik waktu itu.
Apa pun, semoga semua pihak mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku ini. Berhati-hatilah di mana jua berada kerana kita tak pernah tahu apa akan berlaku.
Jika membawa penumpang kecil pula, pastikan mereka memakai tali pinggang keselamatan walaupun berada di belakang. – REM RAMZI
Posting Komentar