Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label gesa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gesa. Tampilkan semua postingan

Gesa Golongan Muda Ceburi Keusahawanan


KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa golongan muda menceburi bidang keusahawanan kerana mereka antara kumpulan penggerak ekonomi yang penting untuk negara.

Baginda bertitah mereka juga mempunyai ruang yang luas untuk berjaya dalam bidang itu meskipun bermula sebagai usahawan kecil kerana kesungguhan dan pengalaman akan membantu kejayaan.

Bertitah merasmikan Karnival 3M Usahawan Negeri Perlis 2013 di sini malam tadi, baginda bertitah pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bersedia membantu golongan muda menjadi usahawan termasuk melalui bantuan kewangan dan khidmat nasihat.

Karnival tiga hari itu dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis.

Baginda turut mengingatkan para usahawan supaya mengelakkan diri daripada terbabit perniagaan yang menyalahi undang-undang kerajaan dan tuntutan agama.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah umat Islam kini menilai semula pendekatan yang perlu diambil dalam usaha merombak semula kedudukan ekonomi ummah dan keadaan persekitaran dunia global yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, titah baginda masa depan ekonomi umat Islam terletak di tangan umat Islam sendiri sama ada untuk terus maju ke hadapan atau ketinggalan dalam persaingan global.
Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Husin, Pengarah MARA Perlis Abdul Halim Mamat dan bekas Mufti Perlis, Datuk Ariff Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sempena majlis itu, Raja Muda Perlis turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM20,000 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Romli Dai bagi memulakan kempen mengumpul sumbangan bagi membantu mangsa di negeri yang kini dilanda banjir.

Kutipan akan turut diadakan di semua 105 masjid seluruh Perlis. – BERNAMA
0 komentar

Mapim gesa Malaysia boikot Sukan Sea di Myanmar

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menimbang penyertaan dalam Kejohanan Sukan  Sea kali ke-27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 Disember ini.

“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup  mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang  diserang berterusan,  berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.

Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.

Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.

Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.

Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.

“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.

“Dalam keadaan inilah kami menggesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan Sea tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat di Myanmar,” ujarnya.

Katanya, Mapim menggesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar.

Menurutnya lagi, mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika  berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin.

“Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan Sea di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian, malah dengan sangat tidak bertamadun, rejim Myanmar yang ada sekarang telah melaksanakan penindasan, penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam.

“Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan Sea di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman, bebas dan neutral Asean (zone of peace, freedom and neutrality),” katanya.

Mohd Azmi berkata, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut.

Katanya, Mapim menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstremis Buddha ketika berada di Myanmar.

“Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar-benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang,” katanya.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstremis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan.

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger