Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan

Sokongan bukan Melayu meningkat kepada PR bukan BN

Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "July 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Julai 2012
Sokongan bukan  Melayu meningkat kepada PR, bukan BN
HANAFIAH
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat menganggap kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa sokongan masyarakat bukan Melayu meningkat adalah helah untuk menyedapkan hati rakyat.

Beliau menjelaskan, tidak berlaku perkara seumpamanya ketika ini, sebaliknya sokongan masyarakat tersebut semakin bertambah kepada pembangkang sebaik sahaja tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.

Hanafiah berkata, sokongan itu tidak pernah menurun kerana adanya kebangkitan untuk mengubah kerajaan sedia ada.

“Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik juga memberi kesan yang besar. Selain itu, kebanyakan masyarakat bukan Melayu yang ditemui turut menganggap Umno sebagai parti perkauman,” katanya.

Beliau mendakwa, melalui perjumpaan dengan beberapa masyarakat bukan Melayu, kebanyakannya mempamerkan rasa bosan terhadap Umno serta muak dengan krisis dalaman yang melanda MCA.

Mengulas lanjut, beliau yang baru selesai mengadakan lawatan turun padang bersama Badan Perhubungan Pas Terengganu di beberapa tempat di Sarawak beberapa hari lalu turut terkejut dengan sambutan yang diterima masyarakat di kawasan itu.

Hanafiah berkata, penduduk di rumah panjang turut menerima kunjungan pihaknya dengan terbuka, tidak sebagaimana sebelumnya, di samping memperlihatkan kesediaan mereka menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, penduduk rumah panjang juga turut melahirkan rasa kesal kerana tiada apa-apa perubahan walaupun telah ditadbir selama lebih 50 tahun oleh Barisan Nasional (BN).

“Kira-kira 70 peratus rumah panjang yang perjalanannya boleh dilalui dengan kereta serta jalan air menunjukkan pendirian untuk melakukan perubahan kerana kecewa dengan isu rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

“Mereka mendapat maklumat mengenai perkara yang berlaku daripada anak-anak yang sudah berhijrah ke bandar dan pandai menggunakan teknologi maklumat. Kita juga turut mendapati ketua rumah panjang atau tuai rumah turut memberi sokongan serupa.

“Begitu juga dengan kaum Cina yang ditemui di Kuching, kira-kira 90 peratus menyatakan sokongan amat kental terhadap Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau turut memberitahu, keadaan itu bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja, malah lebih ketara di Semenanjung Malaysia termasuk di kawasan Pantai Timur yang menyatakan kesediaan yang sama untuk berubah.
0 komentar

Panelis setuju hanya di Malaysia “Allah” bukan milik semua

Dalam kehangatan forum `Nama Allah eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah’, ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik tidak menolak fakta sejarah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi dibimbangi akan mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian.
 
Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun UTM, Dr Khalif Muammar A Harris berkata, pihak Kristian mempunyai agenda apabila meminta untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka.
"Agama Kristian dikatakan berusia 2,000 tahun, oleh itu mereka sepatutnya mempunyai perkataan lain yang boleh dipilih untuk merujuk tuhan mereka,” kata Khalif dalam forum anjuran Mysuara.net semalam.

 "Motif mereka memilih kalimah Allah membuktikan mereka mempunyai agenda. Memang betul kalau lihat menerusi sejarah banyak yang menggunakan kalimah Allah sebelum Islam," katanya.
Katanya, kedatangan Muhammad sebagai rasul kepada umat Islam menyebabkan perkataan Arab itu mengalami Islamisasi.

"Begitu juga nama Allah, difahami maknanya berbeza semasa zaman jahilliah. Tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Muhammad, ia telah merubah konsep makna Allah itu," katanya.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan pembukaannya sebagai moderator menerangkan penggunaan kalimah Allah di negara Arab digunakan oleh bukan Islam secara meluas dan tidak dipertikaikan.

"Dalam masyarakat Arab, mereka memanggil tuhan sebagai Allah. Abu Jahal, Abu Lahab juga bersumpah dengan nama Allah. Sehingga mereka berdoa apabila menentang nabi Muhammad SAW, ‘Ya Allah, musnahkanlah Muhammad’.
"Jadi penggunaan kalimah Allah berlaku sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan daripada Nabi sebelumnya," kata bekas Mufti Perlis itu.
Mohd Asri juga menegaskan berbeza di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian di negara Arab bukan satu isu seperti yang berlaku di Malaysia.

"Penggunaan itu kita didapati tidak pelik dalam masyarakat Arab, justeru juga di kalangan orang Kristian. Mereka menggunakan nama kalimah Allah sejak dahulu lagi,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad mendakwa pertikaian mengenai kalimah Allah di Malaysia adalah satu rancangan "Kristianisasi" yang sedang berlaku secara diam-diam di dalam negara.

"Pihak Kristian mengambil langkah ini kerana ini adalah jalan terbaik untuk memurtadkan Muslim. Ia hilangkan fobia Muslim.
"Ini akan menjadikan Muslim lebih mesra kepada Kristian, jadi ini adalah langkah menjinakkan dahulu," katanya.
Wakil PAS, Khalid Samad, menegaskan pertikaian siapa yang lebih berhak menggunakan kalimah Allah tidak sepatutnya menjadi satu isu sebaliknya yang perlu ditekankan adalah pemahanan tentang konsep ketuhanan.
"Perkara kedua adalah pertahanan kita adalah ilmu.

"Ini bukan isu kalimah Allah tapi ianya adalah isu konsep ketuhanan, inilah perbezaannya," kata ahli Parlimen Shah Alam itu yang mengakui pimpinan PAS juga mempunyai pandangan berbeza tentang penggunaan kalimah Allah.
Khalid juga menolak hujah kedua-dua panel lain yang mengatakan wujudnya cubaan menyebarkan agama Kristian, kerana undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan sebarang penyebaran agama lain selain Islam tidak dibenarkan kepada Muslim.

"Soal isu Kristianisasi memang dilarang. Apa-apa risalah berhubung dengan kefahaman Kristian ataupun agama selain Islam tidak boleh dikembangkan.
"Ia secara jelas melindungi agama Islam di Malaysia," katanya.
Mohd Asri ketika menggulung forum itu berkata: "Saya rasa secara umumnya ada perkara yang kita bersetuju iaitu orang bukan Islam boleh memanggil tuhan yang sebenar iaitu zat tuhan yang maha esa, pencipta dengan kalimah Allah.

"Cuma yang berlaku perbezaan di kalangan pemikir ini ialah bagaimana apabila mereka ingin menggunakan perkara itu dalam buku mereka, kitab mereka, iaitu bible ataupun kitab yang lain.
"Itu ada perbezaan, maka bukan bermaksud kalimah Allah eksklusif dalam erti kata langsung bukan Muslim tidak boleh memanggil tuhan Allah adalah satu andaian tidak benar."

Isu kontroversi kalimah Allah kembali diperkatakan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Pada 22 Ogos gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.
Perbicaraan akhir rayuan kalimah Allah yang akan berlangsung pada 10 September ini.The Malaysian Insider
 
Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.





0 komentar

Kibar Sang Saka Bukan tak iktiraf Jalur

Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada 31 Ogos lalu sebagai menyambut hari kemerdekaan negara bukanlah satu perbuatan yang menghina dan tidak mengiktiraf Jalur Gemilang.

Sebaliknya tindakan itu hanyalah mengingati sejarah bendera Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British, demikian kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau menegaskan, tindakan Sastewan Negara, Datuk A Samad Said yang dikaitkan dengan pengibaran bendera tersebut bukannya satu perbuatan yang “memalukan” sebaliknya hanya mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara supaya diingati generasi muda hari ini.

“Kibar bendera (Sang Saka Malaya) tidak semestinya dia nafikan Jalur Gemilang, ia cuma bendera sejarah, dia (Pak Samad) tidak pernah sebut macam itu pun.

“Kalau dia ditahan disebabkan beliau tidak mengiktiraf Jalur Gemilang, barulah wajar disiasat, malangnya Pak Samad tidak sebut pun perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang menyelar tindakan sasterwan negara itu kerana terlibat dengan insiden pengibaran bendera Sang Saka Malaya dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang memalukan.

Muhyiddin juga kesal apabila insiden tersebut terjadi ketika negara sedang menyambut kemerdekaan.

“Penglibatan Samad amat memalukan dan ia sangat tidak senonoh kerana dia membawa nama sasterawan,” katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang juga mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menahan Pak Samad pada waktu yang tidak sesuai dan tidak wajar dilakukan terhadap seorang warga emas.

“Tidak wajar pihak berkuasa menahan beliau pada waktu malam kerana tidak sesuai bagi seorang warga emas berusia lebih 81 tahun, patut tunjuk sikit rasa hormat kepada orang tua,” tegasnya.

Pada Rabu lalu, A Samad telah ditahan di rumahnya dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 1 pagi.

Beliau dalam satu kenyataan di twitter memberitahu telah dibawa oleh tiga anggota polis.

Penahanan tersebut dilakukan dipercayai berkaitan isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau mendeklamasi puisi pada malam ambang kemerdekaan.

Sementara itu, peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen juga dilaporkan turut berada di IPD Dang Wangi bagi bantuan guaman kepada Sasterawan Negara itu.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger