Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan

KEADILAN dedah kroni BN dapat RM244 juta projek selenggara kawalan trafik


(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 5 Julai: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendedahkan, kerajaan Umno BN memberikan kontrak penyelenggaraan sistem kawalan trafik di seluruh negara kepada kroni mereka.
Izzah menunjukkan surat sebut harga bagi projek tersebut
Katanya, projek bernilai RM244.5 juta itu diberi kepada Selex Sistemeni Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (AAT) dengan kontrak selama lima tahun.

Beliau berkata, berdasarkan dokumen sebut harga yang ditinggalkan di depan pejabatnya, anggaran penyelenggaraan untuk setiap tahun berjumlah RM45,142, 987.
“Ia meliputi  Kawalan Trafik Udara (ATC) Kuala Lumpur, Subang Interim, Stesen Radar Pengawasan Menengah Monopulse (MSSR) Genting, Stesen Pengawasan Radar Rendah (PSR) dan Pengawasan Radar menengah (SSR) Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Miri.
“Ia turut melibatkan stesen PSR, SSR dan ATC Johor Bahru, Kota Bharu, Sibu, Penang, Tawau serta Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini pagi tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendedahkan, kos keseluruhan penyelenggaraan Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) bernilai RM35,521,610 dalam empat lebel.
Izzah berkata, kerajaan memberikan kontrak secara runding terus kepada Selex dan AAT kononnya syarikat lain tidak pakar dengan sistem yang dipasang kedua-dua syarikat itu.

“Sepatutnya, tender perlu dibuat berasingan untuk mendapat nilai terbaik. Saya difahamkan sistem sedia ada di KLIA dibekalkan 10 syarikat berbeza,” katanya.
Lebih dikesalinya, kedua-dua syarikat itu bukan sahaja gagal menyelenggara sistem radar malah wujud kecacatan sistem trafik hingga mengancam keselamatan ruang udara.

Menurut Izzah, maklumat dalaman diperoleh daripada Jabatan Penerbagan Awam (DCA) mendapati, sistem radar telah beku daripada 0614z hingga 0625z selama lima saat.
“Selain itu, berlaku ‘rebooting’ komputer pegawai-pegawai trafik udara dan tiada pertukaran teknologi seperti yang dijanjikan Selex dan AAT.
“DCA terpaksa menunggu jurutera dari Itali hingga melambatkan bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak adalah tinggi,” ujarnya.
Pada 8 Jun lalu, Izzah mendedahkan, projek MATSMP bernilai RM280 juta diberi kepada Selex dan AAT secara tender tertutup.

Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.
Manakala AAT dimiliki oleh Tirai Variasi Sdn Bhd iaitu syarikat keluarga Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
0 komentar

Isu tebang hutan MB Kedah mahu pusat bayar RM100 juta

sinarharian
13 Februari 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.
  
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.
  
"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
  
Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.
  
Dalam perkembangan lain, Azizan sekali lagi menegaskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah tidak akan dibubar selagi Perdana Menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.
  
"Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya dan menurutnya manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.
  
Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini dan upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. - Bernama
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger