Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan

Leher Hampir Putus Tapi Masih Hidup



Seorang warga emas parah ditetak di leher dalam kejadian samun di Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah. Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebunnya tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. 



Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan. 

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1000. 

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu di kawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. 

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. SUMBER

0 komentar

Johan Zizan masih serasi

Johan, Zizan masih serasiJohan (kanan) dan Zizan.
Pelawak kesal dakwaan kononnya Jozan tidak lagi sehaluan gara-gara undur diri daripada sebuah produksi

Gara-gara tidak lagi kerap digandingkan bersama, timbul khabar angin mengatakan pasangan lawak, Johan dan Zizan Razak kini tak sehaluan. Apatah lagi apabila seorang penerbit dikatakan mendakwa, tiada lagi persefahaman antara kedua-duanya, apabila mereka tidak muncul dalam persembahan terbitannya.

Tersentak dengan dakwaan berkenaan, penyampai radio Era itu pantas menepis tanggapan terbabit. Bahkan tegasnya, dia dan rakannya itu tetap bersahabat baik. Malah kata Johan, jika benar hubungan mereka renggang seperti didakwa oleh penerbit berkenaan, ia tentu saja berpunca daripada produser itu sendiri. 


Ujar lelaki yang mula dikenali menerusi program Raja Lawak ini, jika diikutkan, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan penerbit itu. Namun, disebabkan keengganan mereka untuk terbabit dalam produksinya, kedua-duanya dituduh tidak lagi sehaluan.

"Tak baik, malah tidak patut dia berkata begitu kerana kami tidak mempunyai sebarang masalah dengannya. 

"Punca kami menolak pelawaannya adalah atas alasan kesibukan masing-masing. Tidak timbul isu kami bergaduh atau tidak sehaluan. Mungkin kerana kami sering berselisih pendapat, lalu dia membuat andaian sendiri. Begitupun, sebelum persembahan kami saling bermaafan dan ia tidak sekali menjejaskan hubungan baik antara saya dan dirinya," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton drama Elly & Epit musim kedua di ibu kota, baru-baru ini. 

Saling memerlukan 
Menganggap rezeki dan populariti Jozan atas usaha bersama, Johan tidak pernah sesekali mengetepikan Zizan, apatah lagi melupakan saat jatuh dan bangun Jozan.

Tidak berasa tergugat dengan dakwaan dilemparkan, Johan mendedahkan, mereka pernah mengalami cabaran sedemikian sejak dulu lagi. 

"Sebagai kawan, kami saling memerlukan. Kami dikenali pun hasil usaha bersama. Jozanlah yang memberikan laluan untuk kami mencari rezeki,” kata Johan yang bagaimanapun menegaskan tidak akan melatah dengan isu terbabit, mengenangkan produser berkenaan orang lama dalam industri. 

Namun, dia tetap berasakan tindakan penerbit itu memburuk-burukkan orang lain sebagai kesalahan besar.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, dia berkata, semua orang berhak untuk bercakap, tetapi janganlah sampai melampaui batas.


sumber:

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger