Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan

VIDEO PANAS Aksi Manja Artis Baru Baby Shima Di Bilik Tidur Tersebar




Tonton video diakhir entri ini...
Siapakah Baby Shima ini? Betul ke nama sebenarnya memang ada perkataan Baby atau dia sengaja menambah? 

Sebenarnya nama Baby Shima ini diberikan oleh Edry KRU. 

Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis berusia 21 tahun ini, di mana untuk makluman Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima merupakan penyanyi baru dibawah naungan pihak pengurusan KRU Music Sdn Bhd. 

Baby Shima atau lebih mesra dipanggil sebagai Shima baru sahaja melancarkan video klip untuk single terbarunya berjudul ‘Tak Sabar’. 

Lagu ini secara umumnya berkonsepkan ‘happy dan catchy’ bersesuaian dengan karakter Shima yang manja. 

“Shima tahu KRU adalah sebuah nama besar, oleh itu Shima rasa bangga apabila dapat tawaran daripada KRU sendiri. 

“Menerusi tinjauan perbincangan pihak pengurusan, akhirnya mereka bersetuju untuk imej ceria yang dibawakan oleh Shima dan Shima pun memang minat dengan konsep ala-ala ‘dolly’ ini,” katanya yang dipetik dari Ohbulan, hari ini. 

Tambahnya, dari segi pakaian agak susah juga hendak mencari pakaian dengan konsep yang dibawakannya. 

Tetapi dia banyak mempelajari dari orang sekeliling. 

“Shima ingin tonjolkan kelainan, sebab itu Shima bawakan imej seperti ini. Lagipun orang sekarang memang ramai yang meminati K-Pop. 

“Walaupun Shima ada juga bawakan konsep menari, akan tetapi kalau boleh Shima tak nak selincah Stacy sebab tak nak tiru dia,” katanya. 

Jom layan video klip Baby Shima yang comel selepas ini. Apa kata anda?
SUMBER
4 komentar

Hebat! Pencawang Internet Google Guna Belon Udara Panas

Gergasi enjin carian internet, Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi bagi bagi menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia.



Mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan, pelancaran projek rahsia itu dibuat di New Zealand kelmarin.

Sebagai permulaan, sekitar 50 isi rumah mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.

Belon-belon udara panas itu mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Google berharap pihaknya dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas itu bagi menyalurkan perkhidmatan internet ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Usaha tersebut yang dinamakan Projek Loon, kata Google, diharap dapat mengurangkan jurang digital antara 2.2 bilion pengguna internet semasa dan sekitar 4.8 bilion lagi yang tidak memiliki kemudahan itu.

Menurut Google, belon udara panas yang bertindak sebagai pencawang itu juga membolehkan negara rantau Asia Tenggara dan Afrika menyalurkan perkhidmatan internet pada kos lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

"Ini projek besar, matlamat kami juga besar," kata ketua inisiatif tersebut, Mike Cassidy.

Dilengkapi panel solar, Belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon tersebut dapat menyalurkan perkhidmatan internet meliputi kawasan seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Belon udara panas itu mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah tanpa mengira bentuk permukaan bumi. -AP
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger