Featured Post Today
print this page
Latest Post

Suami Hobi Selingkuh Bisa Dilihat dari Wajahnya



[imagetag]







Perselingkuhan

terkadang sering menghiasi hubungan asmara yang sudah terjalin. Entah wanita atau prianya yang melakukan perselingkuhan tersebut pastinya akan menimbulkan pertengkaran. Seseorang yang berselingkuh itu biasanya disebabkan karena berbagai hal. Misalnya, merasa bosan dengan pasangannya atau memang hobinya berselingkuh. 





 Lalu, tahukah Anda bahwa seorang wanita ternyata bisa melihat pria yang memiliki hobi selingkuh dari wajahnya? Hanya melihat wajahnya saja, seorang wanita ternyata bisa melihat pria tersebut suka selingkuh atau tidak. 



Dilansir jurnal Biology Letters, tim peneliti asal Australia menemukan bahwa wanita membuat penilaian tentang hobi selingkuh berdasarkan seberapa maskulin pria tersebut. Semakin maskulin pria tersebut, para wanita menilai mereka tidak setia. 



Dicuplik dari Dailymail.com, peneliti dari University of Western, Australia merekrut 200 relawan dan memotret semuanya. Kemudian diberikan kepada 34 responden pria dan 34 responden wanita. Para responden kemudian diminta memberi peringkat dari kepala sampai bahu untuk dinilai seberapa besar kemungkinan para relawan itu tidak setia. Setelah itu, para peneliti membandingkan jawaban responden dengan pengakuan pria-pria yang berada dalam foto tersebut. 



 Hasilnya, responden wanita lebih akurat menunjukkan siapa saja pria yang hobi selingkuh maupun yang setia. Dengan adanya penelitian ini membuktikan bahwa menilai kesetiaan seorang pria bisa bisa dilihat dari wajahnya. 



Pria dengan wajah maskulin dengan ciri rahang yang tajam, dahi yang lebar, dagu persegi, atau alis yang menonjol adalah pria yang rawan berselingkuh. Tipe pria ini merupakan cowok macho yang memiliki testosteron banyak. Penampilan pria semacam itu bisa menunjukkan gen yang bagus dan kemampuannya memiliki anak yang sehat. Namun dengan kadar testosteron yang tinggi, pria tipe ini bersikap kasar dan rawan selingkuh alias tidak setia. 



 Sedangkan tipe pria wimpier dengan wajah biasa merupakan pria yang setia. Wanita yang mencari hubungan jangka panjang cenderung tertarik pada tipe wimpier. Meskipun penampilannya tidak sekeren pria maskulin, tapi pria tipe ini lebih stabil dalam kehidupan rumah tangga dan jarang berselingkuh. Lalu, bagaimana wajah pasangan Anda? Apakah dia berpeluang memiliki hobi selingkuh? (NR)



http://ciricara.com12/07/pria-hobi-selingkuh-bisa-dilihat-dari-wajahnya/

#bcfda5


0 komentar

Pesakit Paling Muda Di Dunia Jalani Gastrektomi

Kanak-Kanak

Riyadh – Seorang kanak-kanak obese berusia dua tahun menjadi pesakit termuda di dunia menjalani gastrektomi – pembedahan membuang sebahagian besar perut.
Ibu bapa kanak-kanak warga Arab Saudi itu yang berat lebih 31 kilogram dan mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) 41, meminta bantuan kerana dia mengalami masalah pernafasan teruk ketika tidur.
Dua cubaan untuk mengawal berat badannya dengan berdiet gagal, menurut kenyataan pakar bedah dalam artikel yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa mengenai Laporan Kes Pembedahan.
Apabila dirujuk kepada pakar endokrinologi ketika dia berusia 14 bulan, berat kanak-kanak itu ialah kira-kira 22 kilogram.
Tetapi selepas berdiet selama empat bulan, beratnya meningkat kepada 25 kilogram.
Doktor di Hospital Tentera Putera Sultan tidak dapat memastikan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu mematuhi arahan diet yang mereka tetapkan.
Satu lagi cubaan membantu kanak-kanak itu berdiet juga tidak berjaya apabila beratnya bertambah melepasi 31 kilogram.
Gastrektomi terpaksa dilakukan pada 2010 dan ia berjaya menurunkan berat kanak-kanak itu sebanyak 15 peratus.
Kini, kanak-kanak berkenaan yang namanya tidak disiarkan, hidup sihat dan mempunyai berat badan normal seperti kanak-kanak lain. – Agensi

0 komentar

Habib Umar di Malaysia 5 7 11 2013




0 komentar

Gesa Golongan Muda Ceburi Keusahawanan


KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa golongan muda menceburi bidang keusahawanan kerana mereka antara kumpulan penggerak ekonomi yang penting untuk negara.

Baginda bertitah mereka juga mempunyai ruang yang luas untuk berjaya dalam bidang itu meskipun bermula sebagai usahawan kecil kerana kesungguhan dan pengalaman akan membantu kejayaan.

Bertitah merasmikan Karnival 3M Usahawan Negeri Perlis 2013 di sini malam tadi, baginda bertitah pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bersedia membantu golongan muda menjadi usahawan termasuk melalui bantuan kewangan dan khidmat nasihat.

Karnival tiga hari itu dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis.

Baginda turut mengingatkan para usahawan supaya mengelakkan diri daripada terbabit perniagaan yang menyalahi undang-undang kerajaan dan tuntutan agama.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah umat Islam kini menilai semula pendekatan yang perlu diambil dalam usaha merombak semula kedudukan ekonomi ummah dan keadaan persekitaran dunia global yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, titah baginda masa depan ekonomi umat Islam terletak di tangan umat Islam sendiri sama ada untuk terus maju ke hadapan atau ketinggalan dalam persaingan global.
Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Husin, Pengarah MARA Perlis Abdul Halim Mamat dan bekas Mufti Perlis, Datuk Ariff Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sempena majlis itu, Raja Muda Perlis turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM20,000 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Romli Dai bagi memulakan kempen mengumpul sumbangan bagi membantu mangsa di negeri yang kini dilanda banjir.

Kutipan akan turut diadakan di semua 105 masjid seluruh Perlis. – BERNAMA
0 komentar

Foto Terkini Pertempuran Pemberontak Tentera Thai

Somkiat Ponprayoon


Berikut adalah gambar terbaru pertempuran pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) dengan tentera Thailand awal pagi tadi.
Tujuh belas pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat.
Komander Tentera Laut Narathiwat Kol Somkiat Ponprayoon berkata kira-kira 50 pemberontak yang dilengkapi senjata dan berpakaian seragam tentera dengan jaket kalis peluru daripada kumpulan BRN menyerbu kem kecil yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada pukul 1 pagi.
“Kami telah menjangka serangan mereka itu dan kami dalam keadaan cukup bersedia dengan bantuan 60 komando.
“Kami mengetahui rancangan mereka apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah seorang anggota BRN yang maut ketika berbalas tembak dengan pihak berkuasa di Saiburi, Bachok, Pattani, dua hari lepas. Kami menemui catatan mengenai rancangan serangan hendap itu,” katanya.
22850820-high
22851079-high
22851082-high
22851588-high

Foto Terkini Pertempuran Pemberontak, Tentera Thai
0 komentar

Tanpa Tangan dan Kaki Pria ini Berenang ke Papua

Seorang pria Prancis, Philippe Croizon, tanpa tangan dan kaki bertinjauan berenang dari Papua Nugini ke Papua hari Kamis, 17 Mei sebagai bagian dari misinya untuk berenang ke lima benua.
 
Philippe Croizon, 43, berenang di tengah gelombang besar dan angin kencang. Dia berenang dari Desa Wutung, Papua Nugini ke Pasar Skow, Provinsi Papua, Indonesia. "Ini sangat-sangat sulit," kata Croizon seperti dilaporkan kantor berita AFP.
 
Bertinjauan mengarungi jarak 20 km / resources0.news.com.au

Dia menambahkan waktu tempuh melebihi target yang ditetapkan karena dia berenang melawan arus. Waktu yang diperlukan Croizon untuk mengarungi laut sepanjang 20 km mencapai 7 jam 30 menit.
 
Croizon menggunakan kaki palsu dan ditempel dengan flipper atau alat bantu renang berbentuk dayung. Puluhan warga Pasar Skow berkumpul di pantai untuk menyambut kedatangan Philippe Croizon.
 
Pria yang kehilangan kaki dan tangan dalam kecelakaan pada 1994 itu menyatakan beruntung tidak bertemu dengan ikan hiu atau ubur-ubur. Melalui Twitter, dia menceritakan bahwa dia ditemani seorang pria Papua Nugini, Zet Tampa, yang berenang bersamanya guna menunjukkan solidaritas.
 
Untung tak bertemu hiu/taipeitimes.com

Berenang dari Papua Nugini ke Papua merupakan bagian dari upaya Philippe Croizon untuk berenang ke lima benua. Sebelumnya rencana Croizon berenang ke Papua sempat tertunda karena menunggu izin masuk ke wilayah Indonesia dan izin baru diterima hari Rabu.
 
Dia selanjutnya berencana berenang dari Teluk Aqaba, Yordania ke pesisir pantai Mesir pada Juni, selat antara Gibraltar dan Maroko pada Juli dan Selat Bering yang terletak antara Alaska dan Rusia pada Agustus.

sumber
0 komentar

PAS boleh menang jika PRK Kuala Besut bersih

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 15 Jul 2013

Che Long melawat peniaga di pasar tani Kuala Besut.


BESUT: Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat (kanan) berkeyakinan jika tiada penipuan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berjalan dengan bersih, calon PAS akan memenangi kerusi tersebut.

Pada PRK Dun Kuala Besut, PAS telah mencalonkan Endot@Azlan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan Che Long bagi menentang calon Barisan Nasional.

Menurut Hanafiah lagi, sepanjang kempen yang berlangsung selama empat hari, beliau melihat sambutan yang amat baik telah diberikan oleh penduduk setempat terhadap Che Long.

"Saya melihat sambutan sangat baik dan saya gembira serta terharu dengan sambutan tersebut, sebahagian besar mereka mengenali dan rapat dengan Che Long.

"Selain itu juga kelebihan yang beliau miliki adalah apabila bertemu dengan penduduk (lelaki) beliau akan sentuh bahu dan ini merupakan satu sikap yang amat penting dalam dunia politik sekarang.

"Sikap tersebut bukan dibuat-buat tetapi merupakan sikap semula jadi beliau sepanjang beliau duduk di sini, saya pasti jika tiada penipuan PAS akan memenangi kerusi ini," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu gerak kerja jentera PAS telah berjalan mengikut jadual selain bantuan dari jentera negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

"Untuk pengundi pulau esok kita akan ke sana, berkampung serta berbuka puasa di sana. Saya yakin mereka mengenali Che Long," sambung beliau selaku Pengurus Kempen PRK itu.

Beliau yang turut berpendapat calon yang ditampilkan oleh PAS adalah calon yang sangat baik dan tepat serta dikenali ramai.

"Che Long telah berjalan dan mengenali orang Kuala Besut sudah lebih 10 tahun adalah satu yang mustahil untuk penduduk di sini tidak mengenalinya.

"Apa yang penting adalah penjelasan kita terhadap PAS agar penduduk dapat menerima kita pada PRK ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kerana semangat bulan Ramadhan dihayati oleh kedua-dua parti yang bertanding tanpa ada unsur fitnah.

Sementara itu, Che Long pagi tadi sempat mengunjungi Pasar Tani di Kuala Besut serta bertemu dengan para pengundi
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger