Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan

Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Eina Azman


SUBANG JAYA – Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
“Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
“Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari,” ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa.
Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.
Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik.
“Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan.
“Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu.
“Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah.
“Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya,” katanya.
Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka.
“Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia,” katanya.
Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.
“Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri.
“Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya,” ujarnya.
Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya. – mStar Online
0 komentar

Peluang bisnis modal kecil ibu rumah tangga

Peluang bisnis modal kecil ibu rumah tangga – Memulai usaha rumahan bagi ibu rumah tangga kini sangat popular sekali, disamping hanya mengeluarkan modal yang kecil tanpa perlu khawatir dengan sewa bangunan, keuntungan yang didapatkan pun bisa berkali – kali lipat. Inilah yang menyebabkan bisnis modal kecil ibu rumah tangga berkembang dengan sangat pesatnya.

Peluang bisnis modal kecil ibu rumah tangga

Salah satu peluang bisnis yang dapat dilakukan ibu rumah tangga dengan modal kecil yaitu menjual peralatan dan perlengkapan pembersih rumah. Selain para ibu rumah tangga juga sudah paham akan produk – produk apa saja yang bermanfaat, tentunya dalam teknik pemasaran akan jauh lebih mudah bagi ibu rumah tangga untuk menjelaskannya kepada konsumen.

Menggunakan media online merupakan salah satu teknik pemasaran yang dapat digunakan para ibu rumah tangga untuk mengenalkan produknya dengan lebih luas di masyarakat. Anda dapat melakukan promosi pada website, blog, situs – situs jual beli online, forum – forum dan media social community online.

Selain anda menjual produk – produk kebersihan untuk rumah, anda pun dapat mengembangkannya dengan menjual beberapa produk seperti sabun, sampho, baju dan perlengkapaan lainnya yang memudahkan anda dalam melakukan packing dan pengiriman barang ketika pesanan datang dari luar daerah melalui teknik pemasaran online anda.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Anjas Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger